Monday, 23 June 2014

~calon suamiku lari?!!!~




Babak 1
“Argghh!! Mata aku. Macam mana nak buat ni? Bengkak macam orang mati laki. Aku ni pun satu, nak nangis tak beringat apa kesannya. Padan muka aku.”  Membebel Ayani di hadapan cermin dalam bilik airnya.

Selesai membersihkan dirinya, dia meluru ke cermin meja solek kepunyaannya untuk melihat keadaan matanya yang bengkak teruk akibat menangis pada malam tadi.

“Alamak, macam mana nak buat ni? Mata ni masih lagi bengkak. Hari ni ada kelas dengan Pak Tuan. Habis la kalau budak kelas nampak mata aku macam ni.” Buntu dibuatnya. Masa hanya berbaki 30 minit sebelum bertolak dari rumah ke kelas. Tiba-tiba dia terpikir untuk mencari sesuatu di laman sesawang, lalu dia membuka laptop dan terus menaip ‘bagaimana cara untuk menghilangkan kesan mata yang bengkak’ dan butang ‘cari’ ditekan. Maka, terpaparlah berbagai-bagai cara untuk menghilangkan kesan mata yang bengkak.

“Alhamdulilah, ada pun cara-caranya.” Lalu dia pun terus bersiap dan bergegas ke dapur untuk mengisi air ke dalam botol. Pada hari ini, saiz botol yang dipilih agak besar berbanding hari-hari biasa. Ayani mendapati dengan cara minum air kosong dengan kuantiti yang banyak akan mengurangkan kesan matanya yang bengkak. Dia pun memecut keretanya ke kelas dengan hati yang tenang.

Babak 2

Namun, akibat dia terlalu banyak menangis pada malam tadi, air yang dia bawa dari rumah itu pun tidak dapat membantu untuk menghilangkan kesan pada matanya.

“Eh, Ayani kenapa mata kau bengkak? Menangis ke? Tidur lambat?” salah seorang rakannya bertanya kepadanya setelah menyedari mata Ayani bengkak. Ayani hanya menggelengkan kepala dan terus meninggalkan rakannya itu.

“Aduh, malunya. Habis la kalau mereka tahu yang aku menangis malam tadi”. Monolog dengan dirinya sendiri di dalam kereta.

Entah kenapa tiba-tiba sahaja fikirannya melayang jauh memikirkan lelaki yang membuatnya menangis malam tadi. Ya Allah, sampai hati lelaki itu. Dia hanya mampu berserah kepada yang Maha Kuasa.

Hampir 6 tahun aku mengenalinya dan hampir 2 tahun aku mengetahui isi hatinya terhadap aku. Namun, kerana keluarganya tidak mengizinkan kami menikah awal, aku dan dia terpaksa berpisah.
Berpisah untuk selama-lamanya. Sebabnya, aku sudah tawar hati dengannya, hampir sebulan dia langsung tidak menghubungi aku. Dengan ini, aku tekad untuk tidak mengingati lelaki itu lagi.

“Tok,tok,tok… Ayani kau buat apa kat dalam tu?” Terkejut aku dibuatnya, nasib baik doktor tak pernah lagi mengesahkan aku ada sakit jantung. Aduhai kawan-kawan aku ni la. Tingkap keretanya diturunkan. “Ha kenapa?”. “Tak de pape, cuma tadi aku tengok muka kau serius sangat. Kita orang nak tumpang kereta kau balik hostel, boleh tak?”. “Oh, boleh, masuk lah”. “Terima kasih,yeah!”.

Babak 3

“Allahu Akhbar,Allahu Akhbar….”

Lagu Permata Yang Dicari nyanyian kumpulan nasyid DeHearty berkumandang untuk mengejutkan ‘puteri’ Ayani daripada tidur yang lena.

“Dah subuh.” Ayani bangun dari katilnya dan terus menuju ke bilik air untuk membersihkan diri dan sekali gus mengambil wudhu’. Selesai solat subuh dan membaca al-mathurat berjemaah di surau, dia pun bersiap untuk bersarapan.

Hari-hari yang dilaluinya terlalu janggal tanpa hadirnya khabar daripada lelaki yang pernah buat dia nangis seminggu yang lalu. Walau bagaimanapun, dia telah pun menyerahkan segala-galanya kepada Allah. Jadi, segala apa yang berlaku dia tidak akan sesekali menghubungi lelaki itu.

Diletaknya memori itu sedalam-dalamnya sudut hati dia. Tidak mahu lagi diingat. Rasa terkilan dan sedih sering menyelubunginya, lebih-lebih lagi waktu nak tidur. Tak tahu lagi nak luah pada siapa. Cuma setiap kali Ayani ingat lelaki tu,dia terus tidur dan berdoa banyak-banyak. Nurul Nasuha, sahabat nya yang selalu dia berkongsi cerita.


…………………………bersambung……………………………