Tuesday, 9 December 2014

~CALON SUAMIKU LARI~


......................................................................sambungan........................................................................

Babak 4

Sebulan sudah aku dan lelaki itu tidak bertegur sapa. Kalau dulu, pantang sehari tak mesej, mesti ada aje yang tak kena bak kata orang putih ‘something wrong’.  Entah lah, bila dipikir balik, ada baiknya aku buat macam ni, sekurang-kurangnya aku tak ada lah nak berkongsi cerita dengan dia selalu. Nanti lepas kahwin dah tak ada cerita nak cerita. Eh! Kahwin?. *sambil mengosok-gosok mata. “Aku tak nak kahwin dengan dia lah.” Ayani lantas bangun daripada duduk dan terus ke dapur untuk mencari makanan yang boleh dimakan.

Ayani duduk semula di hadapan komputer ribanya . “Lagi seminggu nak cuti pertengahan semester, nanti aku nak buat macam-macam kat rumah. Yeah!”. Ayani seorang yang suka bermonolog, hampir setiap masa dan perbuatannya mesti diselang-seli dengan monolog. Rakan-rakannya cukup masak dengan perangainya itu. Ada sehari tu, dalam dewan peperiksaan dia bermonolog sambil mencari jawapan, tangannya diangkat-angkat ke kanan ke kiri menandakan dia sudah jumpa caranya. Kebetulan calon yang duduk sebelah dia tu lelaki. Lelaki itu turut menoleh ke arah Ayani semasa Ayani membuat perlakuan aneh tersebut. Malu dibuatnya. He he, maaf.

“Cantiknya jubah ni, kalau buat masa bertunang ni cantik, nanti nak cuba buat la kalau tiba aku bertunang.” Sudah lama dia berangan nak bertunang, nak kahwin. Semua tu tinggal kenangan selepas calon suaminya ‘lari’. Kesian. ‘Lari’ bermaksud tak jadi. Banyak sebab musababnya. Ayani tekad untuk terus bersendirian dan tidak akan percaya lagi dengan mana-mana lelaki yang meluahkan isi hati kepadanya. Baginya, lelaki yang benar-benar serius apabila lelaki itu berjumpa terus dengan ibu dan ayahnya. Mulai dari peristiwa itu, itulah ciri-ciri lelaki idamannya. Ayani mempunyai beberapa kawan lelaki yang rapat dengannya, tetapi walaupun begitu, tidak pernah dia bersetuju untuk keluar bersama. Baginya menjaga ikhtilat amat penting. Kalau kawan lelakinya menghubunginya pun selalu dia menggunakan ayat-ayat yang kasar. Lagi satu masa tu dia sudah pun berpunya.

Sewaktu hubungan Ayani dan Azmir, lelaki yang merupakan calon suaminya dulu, mereka tidak pernah sekali keluar berdua-duaan. Bagi mereka, perjumpaan antara mereka adalah di rumah. Selalunya Azmir akan ke rumah Ayani.

Setiap kali Ayani menemui ‘design’ jubah atau baju yang menarik, dia akan simpan dalam komputernya.


Babak 5


Sudah hampir 7 bulan Ayani menjalani hidupnya dengan dibayangi lelaki yang pernah membuatnya menangis dahulu. Setiap kali ‘account’ instagram kepunyaan Ayani dibuka, dia pasti akan ke ruang carian dan jari jemarinya yang agak berisi itu laju menaip nama lelaki tersebut. Bagi Ayani, dia tidak mampu untuk menipu dirinya bahawa dia sudah melupakan keseluruhan tentang lelaki tersebut. Ayani hanya mampu mengetahui segala aktiviti bekas tunangnya itu di situ setelah bekas tunangnya memutuskannya sebagai kawan di ‘account’ Facebook dan Instagram. Walau bagaimanapun, hatinya belum mampu menerima apa yang berlaku atas dirinya. Apa yang mampu dia lakukan adalah mengamalkan doa untuk melupakan lelaki tersebut dan berserah kepadaNya.

Kadang kala, air matanya mengalir setiap kali memikirkan kejadian itu. Peristiwa 3 bulan lepas, sewaktu Ayani memberi peluang kepada bekas tunangnya untuk membuat keputusan tentang hubungan mereka, Ayani telah menipu lelaki itu dengan mengatakan Ayani akan bertunang secara rasmi dengan orang lain. Ayani mempunyai alasan tersendiri atas perbuatannya itu. Jawapan lelaki tersebut tidak memberi kepuasan terhadap Ayani dan memaksa Ayani untuk menipu supaya dia tidak lagi mengharap kepada lelaki itu dan sebaliknya.

Kini, hidup Ayani lebih tenang dengan ketidakberadaan lelaki itu. Alhamdulilah. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Kata-kata itu membuatkan Ayani lebih kuat. Dia berharap agar suatu hari nanti Allah akan memberinya lebih baik daripada apa yang dilaluinya itu.

Babak 6

“Pemegang jawatan sebagai Penolong Lujnah Ekonomi diberi kepada…. Ayani binti Jumaat.”
“ Ya Allah, betul ke?” Ayani seakan tidak percaya apa yang didengar oleh telinganya.
“Takbir!! Allahuakhbar!!” sahabat-sahabatnya melaungkan Takbir untuk Ayani.

Allahu. Ayani sedang duduk sebaris dengan barisan yang selama ini dianggap barisan pimpinan yang agak berat bebanannya. Mulai hari itu, Ayani akan memegang taklifan tersebut sebagai satu amanah yang besar untuk diri dan ahli persatuan tersebut. Selain itu, suaranya akan menjadi salah satu suara untuk memutuskan apa-apa keputusan untuk Persatuan Rakan Masjid ini.

Namun, Ayani tidak meminta jawatan tersebut diberikan kepadanya. Ayani menganggap bahawa pilihan ini adalah pilihan Allah yang telah ditetapkan untuknya. InshaAllah Ayani akan buat sebaik mungkin. Ayani seorang yang gemar menjual apa-apa sahaja jenis barang. Sejak kecil dia mengimpikan untuk menjadi seorang usahawanita yang berjaya selain kerjayanya dalam bidang kejuruteraan. Mungkin kerana itu, Ayani telah terpilih. SubhanaAllah.

Sahabat-sahabatnya datang untuk bersalaman dengannya sebagai tanda mengucapkan tahniah dan takziah. Baginya, ada satu beban yang berat berada di pundaknya.

“Tahniah dan Takziah Ayani.” Ucapan sahabat-sahabat dunia akhiratnya itu.

Ayani akan memulakan tugasnya mulai saat itu selama satu sidang. Otaknya sudah mula berfikir untuk menjana pendapatan untuk persatuan tersebut. Lujnah tersebut kurang mengadakan pelbagai program seperti lujnah yang lain. Sungguhpun begitu, Ayani tidak pernah putus asa untuk berusaha. Pelbagai cara jualan yang Ayani lakukan. Namun, Allah yang menetapkan rezeki untuk hambaNya. Tidak semestinya usaha yang kita lakukan akan membuahkan hasil yang banyak. Pasti akan diselang-seli dengan mehnah dan tribulasi sepanjang satu sidang itu. Ayani sentiasa cekal walaupun kadangkala air matanya menitis dek kerana memikirkan apa yang harus dia lakukan lagi.


...........................................................................bersambung..................................................................