......................................................................sambungan........................................................................
Babak 4
Sebulan sudah aku dan lelaki itu tidak bertegur sapa.
Kalau dulu, pantang sehari tak mesej, mesti ada aje yang tak kena bak kata
orang putih ‘something wrong’. Entah
lah, bila dipikir balik, ada baiknya aku buat macam ni, sekurang-kurangnya aku
tak ada lah nak berkongsi cerita dengan dia selalu. Nanti lepas kahwin dah tak
ada cerita nak cerita. Eh! Kahwin?. *sambil mengosok-gosok mata. “Aku tak nak
kahwin dengan dia lah.” Ayani lantas bangun daripada duduk dan terus ke dapur
untuk mencari makanan yang boleh dimakan.
Ayani duduk semula di hadapan komputer ribanya . “Lagi
seminggu nak cuti pertengahan semester, nanti aku nak buat macam-macam kat
rumah. Yeah!”. Ayani seorang yang suka bermonolog, hampir setiap masa dan
perbuatannya mesti diselang-seli dengan monolog. Rakan-rakannya cukup masak
dengan perangainya itu. Ada sehari tu, dalam dewan peperiksaan dia bermonolog
sambil mencari jawapan, tangannya diangkat-angkat ke kanan ke kiri menandakan
dia sudah jumpa caranya. Kebetulan calon yang duduk sebelah dia tu lelaki.
Lelaki itu turut menoleh ke arah Ayani semasa Ayani membuat perlakuan aneh
tersebut. Malu dibuatnya. He he, maaf.
“Cantiknya jubah ni, kalau buat masa bertunang ni cantik,
nanti nak cuba buat la kalau tiba aku bertunang.” Sudah lama dia berangan nak
bertunang, nak kahwin. Semua tu tinggal kenangan selepas calon suaminya ‘lari’.
Kesian. ‘Lari’ bermaksud tak jadi. Banyak sebab musababnya. Ayani tekad untuk
terus bersendirian dan tidak akan percaya lagi dengan mana-mana lelaki yang
meluahkan isi hati kepadanya. Baginya, lelaki yang benar-benar serius apabila
lelaki itu berjumpa terus dengan ibu dan ayahnya. Mulai dari peristiwa itu,
itulah ciri-ciri lelaki idamannya. Ayani mempunyai beberapa kawan lelaki yang
rapat dengannya, tetapi walaupun begitu, tidak pernah dia bersetuju untuk
keluar bersama. Baginya menjaga ikhtilat amat penting. Kalau kawan lelakinya
menghubunginya pun selalu dia menggunakan ayat-ayat yang kasar. Lagi satu masa
tu dia sudah pun berpunya.
Sewaktu hubungan Ayani dan Azmir, lelaki yang merupakan
calon suaminya dulu, mereka tidak pernah sekali keluar berdua-duaan. Bagi
mereka, perjumpaan antara mereka adalah di rumah. Selalunya Azmir akan ke rumah
Ayani.
Setiap kali Ayani menemui ‘design’ jubah atau baju yang
menarik, dia akan simpan dalam komputernya.
Babak 5
Sudah hampir 7 bulan Ayani menjalani hidupnya dengan
dibayangi lelaki yang pernah membuatnya menangis dahulu. Setiap kali ‘account’
instagram kepunyaan Ayani dibuka, dia pasti akan ke ruang carian dan jari
jemarinya yang agak berisi itu laju menaip nama lelaki tersebut. Bagi Ayani,
dia tidak mampu untuk menipu dirinya bahawa dia sudah melupakan keseluruhan
tentang lelaki tersebut. Ayani hanya mampu mengetahui segala aktiviti bekas
tunangnya itu di situ setelah bekas tunangnya memutuskannya sebagai kawan di
‘account’ Facebook dan Instagram. Walau bagaimanapun, hatinya belum mampu
menerima apa yang berlaku atas dirinya. Apa yang mampu dia lakukan adalah
mengamalkan doa untuk melupakan lelaki tersebut dan berserah kepadaNya.
Kadang kala, air matanya mengalir setiap kali memikirkan
kejadian itu. Peristiwa 3 bulan lepas, sewaktu Ayani memberi peluang kepada
bekas tunangnya untuk membuat keputusan tentang hubungan mereka, Ayani telah
menipu lelaki itu dengan mengatakan Ayani akan bertunang secara rasmi dengan
orang lain. Ayani mempunyai alasan tersendiri atas perbuatannya itu. Jawapan lelaki
tersebut tidak memberi kepuasan terhadap Ayani dan memaksa Ayani untuk menipu
supaya dia tidak lagi mengharap kepada lelaki itu dan sebaliknya.
Kini, hidup Ayani lebih tenang dengan ketidakberadaan
lelaki itu. Alhamdulilah. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Kata-kata itu
membuatkan Ayani lebih kuat. Dia berharap agar suatu hari nanti Allah akan
memberinya lebih baik daripada apa yang dilaluinya itu.
Babak 6
“Pemegang jawatan sebagai Penolong Lujnah Ekonomi diberi
kepada…. Ayani binti Jumaat.”
“ Ya Allah, betul ke?” Ayani seakan tidak percaya apa
yang didengar oleh telinganya.
“Takbir!! Allahuakhbar!!” sahabat-sahabatnya melaungkan
Takbir untuk Ayani.
Allahu. Ayani sedang duduk sebaris dengan barisan yang
selama ini dianggap barisan pimpinan yang agak berat bebanannya. Mulai hari
itu, Ayani akan memegang taklifan tersebut sebagai satu amanah yang besar untuk
diri dan ahli persatuan tersebut. Selain itu, suaranya akan menjadi salah satu
suara untuk memutuskan apa-apa keputusan untuk Persatuan Rakan Masjid ini.
Namun, Ayani tidak meminta jawatan tersebut diberikan
kepadanya. Ayani menganggap bahawa pilihan ini adalah pilihan Allah yang telah
ditetapkan untuknya. InshaAllah Ayani akan buat sebaik mungkin. Ayani seorang
yang gemar menjual apa-apa sahaja jenis barang. Sejak kecil dia mengimpikan
untuk menjadi seorang usahawanita yang berjaya selain kerjayanya dalam bidang
kejuruteraan. Mungkin kerana itu, Ayani telah terpilih. SubhanaAllah.
Sahabat-sahabatnya datang untuk bersalaman dengannya sebagai
tanda mengucapkan tahniah dan takziah. Baginya, ada satu beban yang berat
berada di pundaknya.
“Tahniah dan Takziah Ayani.” Ucapan sahabat-sahabat dunia
akhiratnya itu.
Ayani akan memulakan tugasnya mulai saat itu selama satu
sidang. Otaknya sudah mula berfikir untuk menjana pendapatan untuk persatuan
tersebut. Lujnah tersebut kurang mengadakan pelbagai program seperti lujnah
yang lain. Sungguhpun begitu, Ayani tidak pernah putus asa untuk berusaha.
Pelbagai cara jualan yang Ayani lakukan. Namun, Allah yang menetapkan rezeki
untuk hambaNya. Tidak semestinya usaha yang kita lakukan akan membuahkan hasil
yang banyak. Pasti akan diselang-seli dengan mehnah dan tribulasi sepanjang
satu sidang itu. Ayani sentiasa cekal walaupun kadangkala air matanya menitis
dek kerana memikirkan apa yang harus dia lakukan lagi.
No comments:
Post a Comment