Tuesday, 9 December 2014

~CALON SUAMIKU LARI~


......................................................................sambungan........................................................................

Babak 4

Sebulan sudah aku dan lelaki itu tidak bertegur sapa. Kalau dulu, pantang sehari tak mesej, mesti ada aje yang tak kena bak kata orang putih ‘something wrong’.  Entah lah, bila dipikir balik, ada baiknya aku buat macam ni, sekurang-kurangnya aku tak ada lah nak berkongsi cerita dengan dia selalu. Nanti lepas kahwin dah tak ada cerita nak cerita. Eh! Kahwin?. *sambil mengosok-gosok mata. “Aku tak nak kahwin dengan dia lah.” Ayani lantas bangun daripada duduk dan terus ke dapur untuk mencari makanan yang boleh dimakan.

Ayani duduk semula di hadapan komputer ribanya . “Lagi seminggu nak cuti pertengahan semester, nanti aku nak buat macam-macam kat rumah. Yeah!”. Ayani seorang yang suka bermonolog, hampir setiap masa dan perbuatannya mesti diselang-seli dengan monolog. Rakan-rakannya cukup masak dengan perangainya itu. Ada sehari tu, dalam dewan peperiksaan dia bermonolog sambil mencari jawapan, tangannya diangkat-angkat ke kanan ke kiri menandakan dia sudah jumpa caranya. Kebetulan calon yang duduk sebelah dia tu lelaki. Lelaki itu turut menoleh ke arah Ayani semasa Ayani membuat perlakuan aneh tersebut. Malu dibuatnya. He he, maaf.

“Cantiknya jubah ni, kalau buat masa bertunang ni cantik, nanti nak cuba buat la kalau tiba aku bertunang.” Sudah lama dia berangan nak bertunang, nak kahwin. Semua tu tinggal kenangan selepas calon suaminya ‘lari’. Kesian. ‘Lari’ bermaksud tak jadi. Banyak sebab musababnya. Ayani tekad untuk terus bersendirian dan tidak akan percaya lagi dengan mana-mana lelaki yang meluahkan isi hati kepadanya. Baginya, lelaki yang benar-benar serius apabila lelaki itu berjumpa terus dengan ibu dan ayahnya. Mulai dari peristiwa itu, itulah ciri-ciri lelaki idamannya. Ayani mempunyai beberapa kawan lelaki yang rapat dengannya, tetapi walaupun begitu, tidak pernah dia bersetuju untuk keluar bersama. Baginya menjaga ikhtilat amat penting. Kalau kawan lelakinya menghubunginya pun selalu dia menggunakan ayat-ayat yang kasar. Lagi satu masa tu dia sudah pun berpunya.

Sewaktu hubungan Ayani dan Azmir, lelaki yang merupakan calon suaminya dulu, mereka tidak pernah sekali keluar berdua-duaan. Bagi mereka, perjumpaan antara mereka adalah di rumah. Selalunya Azmir akan ke rumah Ayani.

Setiap kali Ayani menemui ‘design’ jubah atau baju yang menarik, dia akan simpan dalam komputernya.


Babak 5


Sudah hampir 7 bulan Ayani menjalani hidupnya dengan dibayangi lelaki yang pernah membuatnya menangis dahulu. Setiap kali ‘account’ instagram kepunyaan Ayani dibuka, dia pasti akan ke ruang carian dan jari jemarinya yang agak berisi itu laju menaip nama lelaki tersebut. Bagi Ayani, dia tidak mampu untuk menipu dirinya bahawa dia sudah melupakan keseluruhan tentang lelaki tersebut. Ayani hanya mampu mengetahui segala aktiviti bekas tunangnya itu di situ setelah bekas tunangnya memutuskannya sebagai kawan di ‘account’ Facebook dan Instagram. Walau bagaimanapun, hatinya belum mampu menerima apa yang berlaku atas dirinya. Apa yang mampu dia lakukan adalah mengamalkan doa untuk melupakan lelaki tersebut dan berserah kepadaNya.

Kadang kala, air matanya mengalir setiap kali memikirkan kejadian itu. Peristiwa 3 bulan lepas, sewaktu Ayani memberi peluang kepada bekas tunangnya untuk membuat keputusan tentang hubungan mereka, Ayani telah menipu lelaki itu dengan mengatakan Ayani akan bertunang secara rasmi dengan orang lain. Ayani mempunyai alasan tersendiri atas perbuatannya itu. Jawapan lelaki tersebut tidak memberi kepuasan terhadap Ayani dan memaksa Ayani untuk menipu supaya dia tidak lagi mengharap kepada lelaki itu dan sebaliknya.

Kini, hidup Ayani lebih tenang dengan ketidakberadaan lelaki itu. Alhamdulilah. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Kata-kata itu membuatkan Ayani lebih kuat. Dia berharap agar suatu hari nanti Allah akan memberinya lebih baik daripada apa yang dilaluinya itu.

Babak 6

“Pemegang jawatan sebagai Penolong Lujnah Ekonomi diberi kepada…. Ayani binti Jumaat.”
“ Ya Allah, betul ke?” Ayani seakan tidak percaya apa yang didengar oleh telinganya.
“Takbir!! Allahuakhbar!!” sahabat-sahabatnya melaungkan Takbir untuk Ayani.

Allahu. Ayani sedang duduk sebaris dengan barisan yang selama ini dianggap barisan pimpinan yang agak berat bebanannya. Mulai hari itu, Ayani akan memegang taklifan tersebut sebagai satu amanah yang besar untuk diri dan ahli persatuan tersebut. Selain itu, suaranya akan menjadi salah satu suara untuk memutuskan apa-apa keputusan untuk Persatuan Rakan Masjid ini.

Namun, Ayani tidak meminta jawatan tersebut diberikan kepadanya. Ayani menganggap bahawa pilihan ini adalah pilihan Allah yang telah ditetapkan untuknya. InshaAllah Ayani akan buat sebaik mungkin. Ayani seorang yang gemar menjual apa-apa sahaja jenis barang. Sejak kecil dia mengimpikan untuk menjadi seorang usahawanita yang berjaya selain kerjayanya dalam bidang kejuruteraan. Mungkin kerana itu, Ayani telah terpilih. SubhanaAllah.

Sahabat-sahabatnya datang untuk bersalaman dengannya sebagai tanda mengucapkan tahniah dan takziah. Baginya, ada satu beban yang berat berada di pundaknya.

“Tahniah dan Takziah Ayani.” Ucapan sahabat-sahabat dunia akhiratnya itu.

Ayani akan memulakan tugasnya mulai saat itu selama satu sidang. Otaknya sudah mula berfikir untuk menjana pendapatan untuk persatuan tersebut. Lujnah tersebut kurang mengadakan pelbagai program seperti lujnah yang lain. Sungguhpun begitu, Ayani tidak pernah putus asa untuk berusaha. Pelbagai cara jualan yang Ayani lakukan. Namun, Allah yang menetapkan rezeki untuk hambaNya. Tidak semestinya usaha yang kita lakukan akan membuahkan hasil yang banyak. Pasti akan diselang-seli dengan mehnah dan tribulasi sepanjang satu sidang itu. Ayani sentiasa cekal walaupun kadangkala air matanya menitis dek kerana memikirkan apa yang harus dia lakukan lagi.


...........................................................................bersambung..................................................................

Monday, 23 June 2014

~calon suamiku lari?!!!~




Babak 1
“Argghh!! Mata aku. Macam mana nak buat ni? Bengkak macam orang mati laki. Aku ni pun satu, nak nangis tak beringat apa kesannya. Padan muka aku.”  Membebel Ayani di hadapan cermin dalam bilik airnya.

Selesai membersihkan dirinya, dia meluru ke cermin meja solek kepunyaannya untuk melihat keadaan matanya yang bengkak teruk akibat menangis pada malam tadi.

“Alamak, macam mana nak buat ni? Mata ni masih lagi bengkak. Hari ni ada kelas dengan Pak Tuan. Habis la kalau budak kelas nampak mata aku macam ni.” Buntu dibuatnya. Masa hanya berbaki 30 minit sebelum bertolak dari rumah ke kelas. Tiba-tiba dia terpikir untuk mencari sesuatu di laman sesawang, lalu dia membuka laptop dan terus menaip ‘bagaimana cara untuk menghilangkan kesan mata yang bengkak’ dan butang ‘cari’ ditekan. Maka, terpaparlah berbagai-bagai cara untuk menghilangkan kesan mata yang bengkak.

“Alhamdulilah, ada pun cara-caranya.” Lalu dia pun terus bersiap dan bergegas ke dapur untuk mengisi air ke dalam botol. Pada hari ini, saiz botol yang dipilih agak besar berbanding hari-hari biasa. Ayani mendapati dengan cara minum air kosong dengan kuantiti yang banyak akan mengurangkan kesan matanya yang bengkak. Dia pun memecut keretanya ke kelas dengan hati yang tenang.

Babak 2

Namun, akibat dia terlalu banyak menangis pada malam tadi, air yang dia bawa dari rumah itu pun tidak dapat membantu untuk menghilangkan kesan pada matanya.

“Eh, Ayani kenapa mata kau bengkak? Menangis ke? Tidur lambat?” salah seorang rakannya bertanya kepadanya setelah menyedari mata Ayani bengkak. Ayani hanya menggelengkan kepala dan terus meninggalkan rakannya itu.

“Aduh, malunya. Habis la kalau mereka tahu yang aku menangis malam tadi”. Monolog dengan dirinya sendiri di dalam kereta.

Entah kenapa tiba-tiba sahaja fikirannya melayang jauh memikirkan lelaki yang membuatnya menangis malam tadi. Ya Allah, sampai hati lelaki itu. Dia hanya mampu berserah kepada yang Maha Kuasa.

Hampir 6 tahun aku mengenalinya dan hampir 2 tahun aku mengetahui isi hatinya terhadap aku. Namun, kerana keluarganya tidak mengizinkan kami menikah awal, aku dan dia terpaksa berpisah.
Berpisah untuk selama-lamanya. Sebabnya, aku sudah tawar hati dengannya, hampir sebulan dia langsung tidak menghubungi aku. Dengan ini, aku tekad untuk tidak mengingati lelaki itu lagi.

“Tok,tok,tok… Ayani kau buat apa kat dalam tu?” Terkejut aku dibuatnya, nasib baik doktor tak pernah lagi mengesahkan aku ada sakit jantung. Aduhai kawan-kawan aku ni la. Tingkap keretanya diturunkan. “Ha kenapa?”. “Tak de pape, cuma tadi aku tengok muka kau serius sangat. Kita orang nak tumpang kereta kau balik hostel, boleh tak?”. “Oh, boleh, masuk lah”. “Terima kasih,yeah!”.

Babak 3

“Allahu Akhbar,Allahu Akhbar….”

Lagu Permata Yang Dicari nyanyian kumpulan nasyid DeHearty berkumandang untuk mengejutkan ‘puteri’ Ayani daripada tidur yang lena.

“Dah subuh.” Ayani bangun dari katilnya dan terus menuju ke bilik air untuk membersihkan diri dan sekali gus mengambil wudhu’. Selesai solat subuh dan membaca al-mathurat berjemaah di surau, dia pun bersiap untuk bersarapan.

Hari-hari yang dilaluinya terlalu janggal tanpa hadirnya khabar daripada lelaki yang pernah buat dia nangis seminggu yang lalu. Walau bagaimanapun, dia telah pun menyerahkan segala-galanya kepada Allah. Jadi, segala apa yang berlaku dia tidak akan sesekali menghubungi lelaki itu.

Diletaknya memori itu sedalam-dalamnya sudut hati dia. Tidak mahu lagi diingat. Rasa terkilan dan sedih sering menyelubunginya, lebih-lebih lagi waktu nak tidur. Tak tahu lagi nak luah pada siapa. Cuma setiap kali Ayani ingat lelaki tu,dia terus tidur dan berdoa banyak-banyak. Nurul Nasuha, sahabat nya yang selalu dia berkongsi cerita.


…………………………bersambung……………………………

Saturday, 11 January 2014

~PESANAN BUAT ADAM~

Adam,
usah berbunga-bunga dgn mawar yg bukan bungamu. kerana kelopak ia sprti hatinya,mudah rosak andai ada yg mnyentuhnya. Kerana kamu whai adam adlah pagar bg mereka yg hnya memelihara bukan mnyentuhnya. Jadi mu sbgai adam bukan utk hidup mendambakn cinta nafsu,
jadi mu adam adlah pmbela kpd mawar itu.
Apakah sudah lena mu whai adam dlm melayan cinta nafsumu?,
Sedarkah kamu whai adam bhwa musuh agamamu tidak pernah brputus asa utk mnjatuhkn mu? Krna kamu wahai adam adlah kunci utama dlm mnegakkn syiar agmamu Tidakkah kau mmbaca kisah Salahuddin al-ayubi?,
kisah muhammad al-fateh?
Apkah kau masih bersenang2 dgn apa yg kau miliki?,
sedar lah whai adam itu hnya umpanan musuhmu.
Adam,
usah lalai dgn nikmat dunia krna ia bernilai smentara tiada yg kekal selamanya...

# Bismillahirrahmannirrahim..

Alhamdulilah,bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih diberikan nafas untuk kita semua meneruskan hidup tanpa ada bayaran yang Allah kenakan untuk kita.. Alhamdulilah.. kalau nak dikirakan,betapa hebatnya Allah memberikan hambaNya bernafas dengan percuma di bumi Nya.. dan sekarang, apa yang menyedihkan, manusia menggunakan kuasa yang tidak pernah mampu untuk menandingi kuasa Allah, senang-lenang menggunakan kuasanya untuk menetapkan pelbagai tax untuk bermacam-macam tujuan..WaAllahualam..itu urusan mereka dengan Allah..Nauzzubillahiminzalik..

Alhamdulilah, syair di atas ini adalah merupakan luahan isi hati dari salah seorang sahabat ana yang merupakan seorang pelajar Universiti Malaysia Terengganu..InshaAllah,ini tahun keduanya sebagai seorang pelajar di sana..syair ini dikatakan sangat sesuai untuk seorang bernama Adam dan merupakan salah satu teguran untuk para Adam tentang cinta nafsu antara manusia dan manusia..

Semoga dakwah yang sanabat ana ingin sampaikan ini akan meresap ke dalam diri setiap insan yang digelar Adam.. Amin Ya Rabbal Alamin..


Friday, 21 June 2013

~jerebu di kampung halaman ana~




Kejadian jerebu yang berlarutan sepanjang bulan Jun 2013 sehingga mencatatkan lebih 100 daripada Indeks Pencemaran Udara (IPU). Baru-baru ini, berdasarkan maklumat yang ana baca daripada sebuah laman web mengatakan keadaan di Muar (>300) adalah sangat teruk dan disusuli Kota Tinggi (>200) (kampung halaman ana)(~,~). Gambar di atas ini menunjukkan keadaan di salah sebuah rumah kawan ana di Kota Tinggi (felda sebelah ana je). Menurut mak ana, pada 20 Jun 2013, keadaan di rumah mengalami jerebu yang tebal sehingga sukar bernafas sekiranya berada di luar rumah. Jerebu ini dikatakan akibat daripada pembakaran di Sumatera, Indonesia. Tiupan angin monsun menyebabkan asap kebakaran di bawa ke bahagian selatan Malaysia. Ini adalah rujukan bagi bacaan IPU atau API (Air Pollution Index).



Lokasi7 AM11 AM5 PMStatus
Kota Tinggi313*314* bahaya
Larkin lama 190*197*tidak sihat
 Muar183*193*tidak sihat
Pasir Gudang 310*323*bahaya
Sumber rujukan : Portal rasmi Jabatan Alam sekitar (Laporan yang di catatkan dari pukul 7 pagi- 5 petang 21 Jun 13)


Taman Tema Legoland, Nusajaya, Johor juga mengalami jerebu yang tebal.

Perkara yang perlu dilakukan semasa jerebu (untuk langkah berjaga-jaga) (^o^) :
1) Kurangkan aktiviti 'outdoor'.(jangan bakar sampah)
2) Banyakkan minum air masak.
3) Pakai 'mask' sekiranya jerebu sedang menebal dan terpaksa lakukan aktiviti 'outdoor'.

Ana tidak sabar nak pulang ke kampung halaman, jerebu bukan penghalang untuk ana berjumpa dengan mak dan abah ana. Hampir 2 bulan ana tidak pulang. Semoga perjalanan pada malam ini selamat, dipermudah dan mendapat keberkatan Allah.. In shaa Allah..(@,@)

waAllahualam..






Tuesday, 18 June 2013

~tip: AIS boleh mengurangkan tahap pengeluaran peluh?~


Assalamualaikum antum..
Kali ini ana ingin berkongsi sedikit tip bagaimana mahu mengurangkan tahap pengeluaran peluh. Nampak macam perkara remeh, betul? Tetapi kadang-kadang peluh boleh mengurangkan sedikit tahap keyakinan kita untuk berhadapan dengan bilangan orang yang ramai. Ana juga merupakan salah seorang yang kuat berpeluh, tetapi masih pada tahap biasa. Mungkin ada dalam kalangan antum yang tidak sabar apa yang boleh mengurangkan peluh. Bagi sesiapa yang sudah tahu, itu adalah kelebihan diri antum, Mabruk. Baiklah, seperti yang ana 'state' kan di atas tadi, AIS. Kenapa AIS? Pertama sekali, seperti yang kita sedia maklum AIS sesuatu yang sejuk. Di bahagian muka atau seluruh badan kita kan mempunyai liang-liang roma, jadi dengan menggunakan ais, liang-liang roma akan menjadi kecil dan peluh sukar untuk keluar. Jadi, sebelum pakai alat solek atau sebelum tidur, ratakan ais ke bahagian yang paling banyak mengeluarkan peluh. Kemudian, biarkan ianya kering dengan sendirinya. Setelah kering dengan sepenuhnya, antum boleh lah sapukan alat solek seperti biasa. (ana tidak pakai alat solek pun, sekadar bedak Safi cukup lah) (^,^). In shaa Allah, dengan usaha yang kita niatkan atas nama Allah akan berjaya dengan izinNya. Ana ingin berpesan, jagalah kebergantungan kita kepada Allah. Maksud ana di sini, sebagai contoh, sekiranya kita ingin mengurangkan peluh dengan menggunakan AIS, maka kebergantungan kita semata-mata kerana Allah, bukan kepada AIS tersebut kerana segala yang terjadi datangnya daripada Allah swt. Baiklah, SELAMAT MENCUBA!! (^o^)

..waAllahualam..


Monday, 17 June 2013

~ moh kita ke Tilawah Alquran Peringkat Antarabangsa di PWTC kali ke-55~



Putra World Trade Centre (PWTC)


41 Jalan Tun IsmaiKUALA LUMPUR50480
MALAYSIA

Bermula 29 Jun 2013 hingga 3 Jun 2013

(^ - ^) JOm...beramai-ramai ke sini.. Ana teringin datang kerana nak tengok suasana di sana.. =)

in shaa Allah, Ana akan menyusul ke sana.. nanti ana update gambar-gambar (bukan gambar ana) dan info terbaru ye..
ma'asalamah waillaliqa' ..

TAKBIR!!! ALLAHUAKHBAR!!!

~Untungnya ada mak dan abah di sisi ^o^~

'PERMATA'...
Cuba antum bayangkan betapa indahnya dan cantiknya permata itu? kalau antum jumpa permata,mesti ada perasaan nak simpan dan ada juga yang ingin jual untuk dapatkan duit tambahan. Tetapi, sebelum antum simpan atau antum nak jual permata itu, antum mesti kena cari, cari dan terus mencari bukan? Betapa susahnya kita nak mencarinya, apatah lagi kalau kehilangannya setelah penat kita mencari. Begitulah juga kita umpamakan permata itu dengan Ibu Bapa kita yang sukar di cari ganti. Setiap manusia dijadikan dengan adanya ibu dan ayah. Hargailah ibu yang telah mengandungkan kita semua selama 9 bulan 10 hari atau mungkin ada dalam kalangan kita yang sebenarnya belum lagi cukup masa untuk melihat dunia, tetapi sudah ditakdirkan Allah untuk keluar awal. Seharusnya kita bersyukur atas nikmat yang Allah beri contohnya nikmat paling besar dan percuma sahaja Allah beri iaitu bernafas (menghirup udara segar di tepi pantai). Permata juga boleh dijadikan perhiasan wanita mahupun lelaki. Lihatlah, betapa mulia 'permata' itu dan betapa bernilainya sebuah 'permata' itu. Sanggupkah kita sebagai anak 'permata' tersebut membiarkannya sendiri setelah bertahun lamanya kita dibesarkan oleh mereka?..pikir pikirkan lah wahai anak..

Dekatilah mereka berdua selagi mereka masih bernafas lagi di dunia ini..
Hubungilah mereka walaupun sekali dalam seminggu..
Janganlah biarkan mereka yang menghubungi kita dahulu..
Utamakan lah mereka selepas kita berkongsi masalah dan kegenbiraan kepada Allah swt..
Mereka lah kawan, sahabat dan saudara yang sangat rapat dan memahami kita..
Sedekahkan lah Al-Fatihah untuk mereka berdua seusai solat fardhu..
Sebutlah nama mereka..
Buatlah sesuatu kerana Allah..
Sesungguhnya redha ibu bapa itu merupakan redha Allah..

Tahukah kita ketaatan kepada ibu besar tuntutannya seperti firman Allah yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah mewajibkan supaya tidak menyembah selain dari-Nya dan berlaku baik kepada ibu bapa.” 
(Surah al-Isra’, ayat 23)


Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Kami telah menasihati manusia supaya berlaku baik kepada kedua-dua orang tuanya ketika mana ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan yang teramat berat keperitannya dan (mengarahnya) untuk memutuskan penyusuan setelah (bayi) berumur dua tahun, maka syukurlah kamu kepada-Ku dan seterusnya kepada kedua-dua ibu bapamu dan kepada-Ku kamu akan kembali.” 
(Surah Luqman, ayat 14)


~DOA UNTUK IBU BAPA~

 ..waAllahualam..