Monday, 17 June 2013
serba sedikit perihal diri ana
Assalamualaikum wbt. nama ana Aini Nazihah binti Jimat. Alhamdulilah, ana merupakan anak jati Johor yang berasal dari Muar. Ana juga merupakan anak ke-6 daripada 6 orang adik beradik (bungsu,tapi tidak la manja ye). Sudah pun mempunyai 16 orang anak saudara, 5 orang perempuan dan selebihnya lelaki. WaAllahualam, kalau ada rezeki bertambah la lagi anak saudara ana (seronok ada anak saudara ni). Mula bertapak ke sekolah tadika KEMAS di FELDA SEMENCHU. Sekolah pertama yang mengajar erti bangun awal, baju sekolah (warna biru cair), jalan kaki pergi sekolah (mak hantar kan ye), kawan-kawan dan guru yang baik dan juga merupakan jiran sebelah rumah ana je sebenarnya (Alhamdulilah).
Seterusnya, sekolah kebangsaan di Felda yang sama (tidak sampai 1km dari rumah). Warna baju bertukar ke warna putih,kain pulak warna biru gelap (^,^). Pergi sekolah abah hantar naik motor, kadang2 jalan kaki. Seterusnya, beransur pula ke sekolah menengah di Felda yang sama selama 3 tahun. Tingkatan 4 dan 5 di MRSM Batu Pahat. Selepas peperiksaan SPM, dapat tawaran masuk matrikulasi dan diploma di UPM. Pilihan ke matrikulasi selama setahun. Selesai di peringkat matrikulasi, beralih pula ke USM Nibong Tebal. Bidang yang menjadi 'pilihan hati' ialah bidang kejuruteraan sumber mineral selama 4 tahun (huh, lamanya..) tetapi sekarang ana baru je menamatkan tahun pertama di sini. Alhamdulilah, Syukur ke hadrat illahi kerana di beri peluang. Semoga ianya berterusan hingga tamat pengajian di sini dan membawa segulung ijazah untuk mak dan abah kerana Allah. (^o^) TAKBIR!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment